Lelaki Lari Dari Sekatan Jalan Raya Maut Tunggang Motosikal Lawan Arus

maut-lari-sjr.jpg

Foto: Ihsan Polis

Kongsi Bersama

PAPAR: Tindakan seorang lelaki dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus membawa padah apabila dia maut dirempuh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 32 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, laluan Pan Borneo, di sini, petang  semalam.

Dalam nahas jam 2.40 petang itu, mangsa berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kinarut.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo, berkata siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bersama dua penumpang itu dari Kampung Sulim, Kinarut menuju ke Kampung Langkuas, Kinarut.

Katanya, sebelum kejadian Toyota Hilux itu berada di lorong sebelah kanan sebelum secara tiba-tiba datang motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang mangsa dalam keadaan melawan arus.

“Pemandu Toyota Hilux itu menekan brek dan mengelak ke lorong kiri namun motosikal itu yang ditunggang secara melulu itu merempuh bahagian depan kenderaan berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa dan motosikalnya tercampak ke dalam parit yang berada di tengah pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati penunggang motosikal berkenaan dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya menuju ke Kota Kinabalu.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top