Lelaki keluar cari lokan maut dibaham buaya di Sungai Kalabakan

buaya.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KALABAKAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak kelmarin selepas keluar mencari lokan bersama dua ahli keluarganya di Sungai Kalabakan di sini, ditemukan maut awal pagi semalam, dipercayai akibat dibaham buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mayat Asmadi Harun, 57, ditemukan penduduk Kampung Sungai Ulu Kalabakan pada 4.30 pagi Ahad.

“Mayat ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Awal pagi tadi, penduduk kampung melakukan pencarian di sepanjang Sungai Ulu Kalabakan dengan menggunakan tiga bot orang kampung,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau dan operasi mencari ditamatkan sepenuhnya pada 10.45 pagi Ahad. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top