Lelaki Indonesia ditahan bersama empat karung syabu seberat 4.57kg

polis.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia bersama enam paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 4.57 kilogram yang disembunyikan di dalam empat karung di Jeti Awam Pelabuhan Lama Tawau di sini pada 12.30 tengah hari, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki berusia 25 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang itu dipercayai memperoleh dadah bernilai RM274,320 tersebut melalui jalan darat dan kemudiannya akan diseludup ke pasaran negara jiran.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini pada Rabu.

Menurut Jasmin, pihaknya mengalu-alukan kerjasama semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dadah dan akan mengambil pendekatan menggunakan anjing pengesan sebagai usaha membanteras sindiket dadah di daerah ini.

Tambah beliau lagi, dalam tempoh hampir lima bulan ini, polis berjaya merampas 19.5kg dadah di daerah Tawau.

 

Sumber: BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top