Lelaki hilang seminggu lalu ditemui mati

hilang-seminggu.jpg

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui kira-kira tiga kilometer dari kawasan Kampung Bambangan Tudon, Penampang. - Foto ihsan Bomba

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak seminggu yang lalu, ditemukan di kawasan hutan berbukit di Kampung Bambangan Tudon, di sini, semalam.

Mayat Kevin Lokuman, 32, ditemukan penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari kawasan kampung berkenaan pada 10.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada 24 Ogos lalu.

“PGO Sabah terima panggilan dari Balai Polis Tamparuli mengatakan terdapat seorang lelaki dikhuatiri hilang dari rumah kediaman keluarganya.

“Menurut maklumat awal dari pemanggil, mangsa dilaporkan keluar rumah tanpa memberitahu ahli keluarga jam 5 pagi, pada 22 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurutnya, susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dan pada hari kelima SAR mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

“Pasukan bomba tiba di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada 12.50 tengah hari. Seterusnya ke lokasi mangsa yang ditemui oleh penduduk kampung.

“Pasukan bomba mengambil masa disebabkan laluan sukar di kawasan hutan berbukit,” katanya.

Katanya mangsa diserahkan kepada pihak polis pada jam 6.14 petang.

 

Sumber: Berita Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top