Lelaki hilang, dipercayai dibaham buaya

buaya-lahad-datu.jpg

Lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya di Kampung Sungai Silabukan, Lahad Datu. FOTO Ihsan Bomba

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Seorang elaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Sungai Silabukan, di sini, kelmarin, lapor HMetro.

Mangsa Salim Sakka, 50, dikatakan menjalankan aktiviti memukat ikan di kawasan sungai berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu menerima panggilan kecemasan terdapat mangsa dipercayai dibaham buaya, jam 9.45 pagi.

Katanya, menurut anak mangsa, bapanya dibaham buaya ketika memukat kelmarin.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan bot penyelamat dengan kaedah ‘surface searching’ dengan radius pencarian dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Menurutnya, operasi SAR ditangguhkan kira-kira 6 petang dan akan disambung semula pagi ini.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Hidupan Liar Sabah dan orang awam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top