Lelaki hilang 6 hari ditemui selamat petang semalam

hilang.jpg
Kongsi Bersama

SIPITANG: Selepas 6 hari dilaporkan hilang, seorang lelaki di Kampung Lubok Darat, di sini, ditemui selamat petang semalam.

Mangsa, Lahanirsin Lahamino, 33, ditemui jam 4.20 petang dalam keadaan selamat.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pada hari ketiga dimulakan pada jam 9.20 pagi.

“Operasi pencarian dijalankan di kawasan Kampung Lubuk Darat dan mangsa ditemui di Kampung Sapok dalam keadaan selamat iaitu enam kilometer dari Post Kawalan Bencana (PKB).

“Mangsa dibawa ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.55 petang. Operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Terdahulu, mangsa pada mulanya dikatakan keluar ke hutan untuk mencari buah tetapi tidak kembali ke rumah sehingga empat hari.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1 tengah hari, Khamis lalu digerakkan ke lokasi kejadian.

 

Berita asal: TV3

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top