Lelaki Ditemukan Maut Tertindih Motosikal

maut-tertindih-motor.jpeg
Kongsi Bersama

PAPAR: Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan tertindih dengan sebuah motosikal jenis Yamaha MT 250 dalam parit di Jalan Kuari, Kampung Benoni, di sini awal pagi tadi.

Mangsa dipercayai telah terbabas sendiri.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 pagi tadi.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Hamdani Harith telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan tertindih dengan sebuah motosikal dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian.

Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa dalam parit dan menyerahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Maklumat mangsa tidak diperolehi dan operasi tamat pada jam 2.10 pagi. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top