Lelaki ditemukan maut disyaki jatuh bangunan di Sandakan

jatuh-bangunan.jpg

Mayat lelaki tempatan ditemukan maut disyaki terjatuh bangunan.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan pusat beli belah, di sini awal pagi semalam.

Mayat mangsa berusia 46 tahun itu ditemukan oleh orang awam di atas ruangan pejalan kaki bangunan pusat beli berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.50 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa masuk menggunakan keretanya ke tempat letak kenderaan di aras tujuh bangunan pusat beli belah berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi.

“Namun, kira-kira jam 3.40 pagi, seorang saksi awam yang parkir di bangunan berkenaan terdengar bunyi kuat dari arah tempat tinggi.

“Saksi kemudian keluar dari keretanya dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan terlentang berhampiran kenderaannya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, saksi kemudian memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan mayat mangsa di lokasi berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi menjalankan siasatan dan membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut kerana tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat dalam siasatan setakat ini,” katanya.

 

 

Sumber: Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top