Lelaki ditahan cuba ganti kad pengenalan palsu di JPN Sandakan

IC-palsu.jpg

Lelaki yang ditahan ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu. (Krediti foto: FB Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sandakan menahan seorang lelaki pada Selasa ketika membuat permohonan bagi menggantikan kad pengenalannya yang disyaki palsu.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah lelaki itu hadir di kaunter JPN Sandakan untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan.

Bagaimanapun semakan oleh pegawai JPN mendapat kad pengenalan yang digunakan oleh lelaki berkenaan tidak sepadan dengan maklumat dalam pangkalan data JPN.

“Berdasarkan kepada kuasa yang diberikan, lelaki berkenaan telah ditahan oleh oleh Pegawai JPN sebelum diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top