Lelaki Ditahan, 110 Liter Air Ketum Dirampas Di Kampung Jaya Baru Keningau

ketum.jpg

110 beg plastik berisi air daun ketum yang dirampas daripada suspek.

Kongsi Bersama

KENINGAU Seorang penganggur ditahan polis kerana memiliki 110 beg plastik air daun ketum di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata suspek berusia 30-an itu diberkas dalam serbuan di Kampung Jaya Baru kira-kira jam 10 pagi.

“Serbuan dilakukan berikutan maklumat mengenai penjualan air daun ketum di kawasan itu.

“Polis menemui 110 beg plastik berisi air daun ketum yang disimpan dalam tiga baldi dan barang rampasan dianggarkan sekitar RM1,100,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek yang menganggur itu aktif menjual air daun ketum sejak akhir tahun lalu, kata Nor Rafidah.

Dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan air kencingnya juga negatif.

“Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki cecair dan dedaun yang mengandungi mitragynine yang boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top