Lelaki dipercayai dibaham buaya ditemukan maut

dibaham-buaya.jpg

Mayat lelaki yang dipercayai dibaham buaya ditemukan kira-kira dua kilometer di hilir sungai tempat mangsa dipercayai hilang.

Kongsi Bersama

TAWAU: Lelaki yang hilang dipercayai dibaham buaya ketika menyeberangi sungai di Kampung Sungai Udin, di sini semalam ditemukan meninggal dunia, hari ini.

Mayat Zulkefli Sunan, 52, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira dua kilometer di hilir sungai daripada tempat mangsa dipercayai hilang.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.06 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi SAR turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seramai 13 orang Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan dan Umas.

“Menurut pengadu, mangsa dibaham buaya ketika sedang menyeberangi sungai menaiki rakit buluh dengan muatan kelapa sawit,” katanya dalam kenyataan media, yang dipetik Utusan Borneo.

Menurutnya, operasi hari kedua dijalankan seawal 7.23 pagi di sekitar Sungai Udin menggunakan bot dengan anggaran radius lima kilometer.

“Mangsa telah ditemukan oleh pasukan penyelamat pada jam 1.31 petang kira-kira dua kilometer di hilir sungai tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top