Lelaki dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan di sungai

bomba.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai Kampung Lebak Moyoh Kupang, di sini, semalam.

Mangsa berusia 51 tahun itu, dikatakan keluar dari rumah untuk menangkap ikan di sungai berkenaan, kira-kira jam 11 pagi, semalam sebelum dilaporkan tidak balik ke rumah.

Adik mangsa ke sungai berkenaan kira-kira jam 8 malam untuk mencari abangnya, namun hanya menemukan jala, beg pinggang, telefon bimbit, selipar dan baldi dipercayai milik mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.28 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapatkan maklumat daripada keluarga mangsa dan menjalankan operasi SAR bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang kampung.

“Kita menerima maklumat bahawa keluarga mangsa hanya menyedari kehilangannya setelah dia tidak pulang sehingga waktu petang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR masih dijalankan di sekitar sungai berkenaan.

“Maklumat operasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.   – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top