Lelaki Didenda RM25 Kerana Ugut Adik Berkaitan Kereta Ibu

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM25, jika gagal, penjara tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengugut kakaknya berikutan perselisihan faham mengenai kereta ibu mereka.

Majistret Lovely Natasha Charles mendenda Callixtus Stephen, 30, selepas dia mengaku bersalah di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil.

Tertuduh mengaku menyebabkan adik perempuannya berusia 19 tahun dalam ketakutan di Kampung Rugading Babagon di Penampang pada 30 September lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh tidak berpuas hati kerana adiknya meminjam kereta daripada ibu mereka untuk mengangkut barang-barangnya selepas dia berpindah dari rumah sewanya ke rumah ibu bapa mereka.

Tertuduh telah mengugut untuk mencederakan adiknya itu tetapi dihalang oleh ibu mereka.

Di mahkamah yang sama, seorang penganggur didenda RM100, jika gagal, penjara tiga bulan kerana secara curang memiliki RM1,300 dalam akaun banknya.

Kedy Daun, 22, gagal menjelaskan dari mana dia memperoleh wang itu.

Tertuduh telah melakukan kesalahan itu antara 13 dan 14 Januari 2021. Dia disabitkan mengikut Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan Kecil yang membawa hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan .

Pengadu dalam kes itu berkata dia telah melihat iklan berhubung pinjaman peribadi di Facebook dan membayar yuran pemprosesan untuk pinjaman itu ke akaun bank tertuduh.

Bagaimanapun, pengadu tidak menerima sebarang wang daripada pinjaman tersebut.

Tertuduh telah ditahan pada 17 Jun 2021, dan siasatan mendapati dia telah memberikan kad ATM miliknya, termasuk kata laluan kad itu kepada orang lain dan sebagai balasan, tertuduh diberi RM600.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top