Lelaki Cuba Bunuh Diri di Sandakan

cuba-bunuh-diri.jpg

Foto: Ijsan BOMBA

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20an cuba untuk membunuh diri di sebuah perumahan pangsapuri di Batu 7, di sini malam tadi, lapor Warta Oriental.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak meneruskan niatnya setelah dipujuk.

Menurut laporan itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 malam dan sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Haris Mustapha dikejarkan ke lokasi.

Operasi memujuk mangsa berjaya dilakukan dengan selamat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 9.40 malam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top