Lelaki cuba bunuh diri berenang di laut berjaya diselamatkan

bunuh-diri.jpg

Pasukan bomba membawa mangsa ke pesisir pantai setelah diselamatkan nelayan.

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipercayai cuba membunuh diri berjaya diselamatkan nelayan dalam kejadian di perairan Jalan Pesisiran Pantai, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki berusia 34 tahun terbabit cuba membunuh diri dengan berenang ke tengah laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.15 petang.

Katanya seramai sepuluh anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa.

“Sebaik tiba, lelaki terbabit sudah diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan berkenaan setelah menyedari mangsa hampir lemas.

“Dua anggota bomba bertindak berenang sejauh 200 meter untuk menenangkan mangsa,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa naik ke pesisir pantai, sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.

“Operasi yang turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) itu ditamatkan pada jam 5.54 petang,”katanya. – UTUSAN BORNEO

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top