Lelaki bersenjata lastik ditahan selepas pecah masuk kedai runcit di Kota Belud

samun-lastik.jpg

Tangkap layar video tular menunjukkan dua lelaki bersenjatakan lastik merompak sebuah kedai runcit di Kota Belud pada 11 Dis lalu.

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memecah masuk sebuah kedai runcit di Kota Belud menggunakan senjata lastik pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kota Belud, Shahrudin Mat Husain, berkata suspek 34 tahun itu bagi membantu siasatan bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis mengesan video tular 59 saat memaparkan dua lelaki memecah masuk kedai runcit dan hasil siasatan mendapati kejadian berlaku 4 pagi di premis tanpa nama di Kota Belud.

“Dua lelaki itu mengambil sejumlah wang dalam laci premis dan berlaku pergelutan antara kedua-dua lelaki terbabit bersama mangsa.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan serius terhadap mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang awam yang melihat kejadian itu tampil ke IPD Kota Belud atau hubungi pegawai penyiasat Izhafizan Haron di talian 014-6318003 bagi membantu siasatan.

“Orang awam juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan.” – Sabah Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top