Lelaki bakar kereta kerana cemburu ditahan di Sipitang

kereta-dibakar.jpg

Keadaan bahagian dalam kereta mangsa selepas dibakar suspek.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 30 tahun yang didakwa membakar sebuah kereta di Membakut telah ditahan di Sipitang pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Beaufort Supt Ismail Abdullah berkata suspek memasuki perkarangan sebuah rumah milik mangsa yang dipercayai menjalin hubungan dengan isterinya pada Jumaat dan membaling objek ke dalam keretanya sebelum melarikan diri.

“Mangsa baru tiba di rumah dan masuk ke dalam rumahnya. Dia tidak nampak suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, abang ipar mangsa mendakwa dia melihat suspek berlari masuk ke perkarangan rumah, membuka pintu kereta dan membaling objek ke dalam kenderaan sebelum melarikan diri.

“Apabila diperiksa, dia melihat tempat duduk pemandu, tali pinggang keledar, stereng, papan pemuka dan lapis bumbung terbakar,” kata DSP Ismail sambil menambah kerugian yang dialami kira-kira RM20,000.

Beliau berkata laporan polis telah dibuat dan suspek ditahan di Sipitang kira-kira jam 6.30 petang Sabtu.

“Berdasarkan temubual awal, suspek mengaku membakar dan menyembur kereta mangsa menggunakan cat hitam.

“Perbuatan itu dilakukan disebabkan suspek cemburu dan dendam kerana mendakwa mangsa ada hubungan dengan isteri suspek,” katanya.

Ismail berkata, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 21 April depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top