Lelaki, 60, didakwa lakukan gangguan seksual ke atas dua anak saudara

mahkamah-tinggi-kk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 60 tahun didakwa atas dua pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap dua anak saudaranya.

Bagaimanapun, lelaki yang menganggur itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan dua bulan dengan menyentuh pahanya pukul 2 pagi, pada 25 Okt 2021 di sebuah rumah di Kota Belud.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan sama ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dan sebulan di tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan lelaki itu dengan ikat jamin RM10,000 deposit RM5,000 beserta dua orang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan. Dia juga diperintah melaporkan diri di balai polis Kota Belud dua kali sebulan dan diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan terutamanya mangsa.

Terdahulu, lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu tetapi memaklumkan mahkamah bahawa dia hanya menarik kaki gadis itu dan pengakuannya tidak diterima.

Timbalan Pendakwa Raya Suriyati Jumain tampil untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili. – Harian Ekspress

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top