Lebih Separuh Penduduk Dewasa Sabah Lengkap Vaksinasi Covid-19

vaksin-tempasuk.jpg
Kongsi Bersama

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata lebih separuh penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka hingga semalam.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata hingga semalam 51.1% atau lebih 1.33 juta penduduk dewasa negeri itu telah lengkap menerima suntikan vaksin berkenaan.

Sementara itu, katanya, 67% atau lebih 1.88 juta penduduk dewasa Sabah pula telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

“Program vaksinasi di negeri ini berjalan lancar dan kita sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi ini bagi melindungi rakyat daripada Covid-19,” katanya, menurut laporan Bernama.

Mengulas kes positif Covid-19 semalam, Masidi berkata Sabah mencatat 2,163 kes, turun sedikit berbanding 2,246 semalam dan daripada jumlah kes itu 57.6% atau 1,246 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

Beliau berkata daripada jumlah kes itu juga, 63.5% atau 1,374 kes daripada kategori dua, 28.1% atau 607 kes daripada kategori satu manakala bakinya kategori tiga, empat dan lima serta dalam siasatan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top