Lebih RM10 Juta Zakat Diagih Kepada Asnaf Sempena Aidilfitri

arifin-zakat.jpeg

Arifin (dua dari kiri) menyaksikan penyampaian Dana Penerima Bantuan Khas Ramadan yang disampaikan oleh Malai Ali (kiri) kepada Ketua Amil Membakut, Razali Mumin @ Mohamad.

Kongsi Bersama

MEMBAKUT:  Lebih RM10 juta zakat akan diagihkan kepada 44,474 asnaf di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, agihan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu akan dilaksanakan sepanjang Ramadan.

“Pada bulan ramadan ini, kita akan  memberikan sumbangan zakat sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang melebihi RM 10 juta.

“Golongan fakir miskin termasuk saudara kita yang susah di seluruh Sabah akan menerima sumbangan ini dan sebahagiannya akan menerima terus dari akaun mereka,” katanya kepada media sempena Forum Ramadan Saudara Kita di Dewan Sri Wawasan, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Arifin menyampaikan sumbangan RM200 kepada 757 asnaf fakir dan saudara kita di kawasan Membakut.

“Pada hari ini, kita telah menyampaikan bantuan kepada 757 orang asnaf fakir dan juga saudara kita untuk membantu mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri,” jelas beliau.

Mengulas lanjut mengenai Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang sedang diikuti 300 orang saudara kita di Membakut ujar Arifin, usaha itu akan diinisiatif oleh Muis, Jheains dan Jakim untuk golongan saudara kita di seluruh Sabah.

Hadir sama, Yang di-Pertua Muis, Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jheains, Datuk Saifulzaman Sangol, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais, Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif Muis, Ramlan Awang Ali, Penolong Pegawai Daerah, Ibrahim Terki dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top