Lebih Ramai Polis Ditukar Ke Semenanjung Berbanding Ke Sabah, Sarawak, Kata Menteri

saifuddin.jpg

Saifuddin (Gambar fail)

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata hanya 45 pegawai polis bermasalah ditukarkan ke Sabah dan Sarawak bagi tempoh 2018 hingga Jan 2023.

Katanya, angka itu lebih rendah berbanding seramai 294 pegawai polis yang ditukarkan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung bagi tempoh berkenaan.

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah pegawai polis dari Semenanjung dipindahkan ke negeri itu sejak 2018 dan justifikasi mereka ditukarkan.

Saifuddin menambah pertukaran berkenaan dibuat selepas pegawai polis terlibat didapati mempunyai masalah disiplin dan integriti antaranya mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin.

Selain itu, (pegawai polis) ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang berkahwin; dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis berang dengan tindakan polis menukar sembilan anggotanya yang terlibat kes peras ugut bertugas di Sabah dan Sarawak.

Isnaraissah berkata, kedua-dua negeri berkenaan “bukan tong sampah” untuk menerima pegawai bermasalah.

Kenyataan itu susulan laporan media yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi bahawa sembilan orang anggota polis yang terlibat dalam kes peras ugut seorang ahli perniagaan di Gombak akan ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top