Lebih Ramai MP Pembangkang Bantah Rancangan Anwar Bekerjasama Dengan Umno

anwar.jpg
Kongsi Bersama

Lebih ramai ahli-ahli Parlimen menyokong penentangan terhadap rancangan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mereka turut menyelar cakap-cakap berterusan tentang cubaan merampas kerusi perdana menteri termasuk mempunyai “bilangan” mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan, dakwaan yang berulang-ulang kali dikeluarkan Anwar sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang tahun lalu.

“Selepas setahun pengkhianatan Langkah Sheraton yang menyakitkan, kami mahu terus bergerak ke hadapan. Kita tidak pernah kekurangan bakat dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang,” kata kenyataan bersama yang ditandatangani Ramkarpal Singh dan Hannah Yeoh dari DAP, Datuk Darell Leiking dari Warisan, Maria Chin Abdullah dari PKR dan Syed Saadiq Abdul Rahman dari Muda.

“Kami mahu pimpinan pembangkang untuk terus fokus menawarkan polisi yang boleh memenangi hati dan keyakinan rakyat Malaysia bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.” – Malaysia Now

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top