Lebih 800 SJR Bermula 1 Jun

sekatan-PKP.jpg

KUALA LUMPUR 01 APRIL 2020. Anggota polis dan ATM memperketatkan sekatan Jalan raya di Jalan utama Lebuhraya Cheras Kajang menuju ke Kuala Lumpur pada hari ke 15 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa kedua. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Bilangan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara akan ditingkatkan kepada lebih 800 menerusi pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun ini berbanding hampir 600 ketika ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata seramai 70,000 anggota polis dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan ditugaskan di seluruh negara termasuk 15,000 anggota Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Menurutnya kekuatan polis ditambah kepada 55,000 anggota berbanding 37,000 anggota ketika ini bagi memastikan aspek penguatkuasaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Sekiranya jumlah ini dirasakan tidak cukup, kita akan tambah lagi anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan di bawah KDN,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penutupan semua sektor ekonomi dan sosial dalam sekatan pergerakan penuh di peringkat KDN, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Maritim Malayusia Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 semalam memutuskan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan MKN.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top