Lebih 800 Ahli Warisan Sertai Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman

warisan-join-PGRS-1.jpg

Hajiji menerima borang keahlian daripada Abdul Salim. (Kredit foto: Penerangan Gagasan Rakyat)

Kongsi Bersama

TUARAN: Lebih 800 orang ahli Parti Warisan bahagian Tuaran mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada Ahad.

Mereka yang diketuai oleh Timbalan Ketua Wira Warisan Bahagian Tuaran, Abdul Salim menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Ketua Bahagian Sulaman di bilik mesyuarat parti itu dekat sini.

Hajiji mengalu-alukan menyertaan mereka dalan Gagasan Rakyat, yang sekali gus akan menubuhkan sebanyak 16 cawangan baharu Gagasan Rakyat.

“Dengan kemasukan mantan ahli-ahli Warisan ke dalam Gagasan Rakyat, akan bertambah kekuatan parti khususnya di bahagian Sulaman.

“Tiada masalah untuk mereka mahu menubuhkan cadangan -cawangan Gagasan Rakyat yang baharu, yang penting ialah kerjasama dan kejujuran bersama-sama berjuang untuk pastikan parti bertambah kuat,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berharap mereka bersama pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat yang lain bekerja keras memastikan kemenangan lebih besar di kawasan Sulaman pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Katanya, dengan keadaan politik negeri yang berubah, rakyat negeri ini cenderung memilih parti tempatan sebagai platform perjuangan mereka.

Walau bagaimanapun tambah beliau, ia tidak bermakna bahawa parti tempatan tidak dapat bekerjasama dengan parti nasional, sebaliknya kerjasama kedua-dua pihak juga amat penting.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top