Lebih 600,000 Pengguna SESB Terima 2.5 Peratus Rebat Elektrik Mulai Bulan Ini

Mohd-Yaakob.jpg

Mohd Yaakob

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 672,624 pengguna Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan menerima 2.5 peratus rebat daripada jumlah deposit elektrik yang telah dibayar mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata pemulangan rebat berjumlah RM9.1 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna pada bulan ini dan Februari ini melibatkan semua pengguna yang membuat pembayaran deposit secara tunai di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Faedah ini seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata pembayaran deposit itu adalah sebagai sekuriti kepada kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan selaras dengan peraturan 5(5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990.

Mohd Yaakob berkata penambahan deposit hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan elektrik secara purata bagi enam bulan berbanding deposit sedia ada, dan akan disemak setiap enam bulan.

Katanya pengguna boleh menghubungi talian SESB Careline 15454 atau 088-515000 sekiranya memerlukan penjelasan atau pengguna boleh muat turun aplikasi mySESB melalui telefon bimbit untuk mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan SESB -BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top