Lebih 5,000 Hadiri Pelancaran Gagasan Rakyat

hajiji.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dilancar secara rasmi hari ini oleh presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Pelancaran yang dihadiri lebih 5,000 orang itu turut menyaksikan kehadiran bekas Ketua Menteri Tan Sri Pairin Kitingan, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin, Timbalan Presiden Star Datuk Robert Tawiq, Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Datuk Christina Liew, dan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Yakub Khan.

Sebahagian hadirin di Majlis Pelancaran Gagasan Rakyat di SICC hari ini. (Kredit foto: FB Nizam Abu Bakar Titingan)

Hajiji dalam ucapannya berkata Gagasan Rakyat adalah kelangsungan daripada perubahan landskap politik tanah air dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Terdapat perubahan sentimen di peringkat akar umbi yang mempunyai dua naratif sosio-politik utama, yang pertama ialah rakyat Sabah mahu parti berasaskan tempatan menerajui kerajaan.

Kedua, Sabah juga harus berada di bawah pentadbiran kerajaan berbilang parti dan bukan hanya parti tunggal. Perlu ada semak dan imbang,” katanya.

Menurutnya, jika ditinjau sejarah, tiga kerajaan pertama Sabah sebenarnya adalah parti tempatan, tetapi bersifat “parti tunggal dan Sabah perlu belajar daripada pengalaman itu.

Hajiji, yang juga Ketua Menteri Sabah turut menegaskan bahawa kehadiran parti nasional masih relevan di Sabah.

“Elemen parti tempatan dan nasional harus berasaskan meletakkan Sabah sebagai agenda utama. Sabah Didahulukan. Ia harus meletakkan Sabah sebagai komponen penting dalam agenda negara,” ujarnya.

Kata Pengerusi GRS itu lagi, Gagasan Rakyat akan membawa citra kesatuan masyarakat berbilang kaum yang mendokong agenda Sayangi Sabah yang menjadi landasan GRS dengan teras perjuangan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk kita di Sabah, malah amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia”, katanya.

Dalam ucapannya Hajiji turut merakamkan ucapan penghargaan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Hajiji secara rasmi menerajui Gagasan Rakyat pada Mesyuarat Agung Khas parti itu awal bulan ini dengan Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun sebagai timbalannya.

Ketika ini Gagasan Rakyat mempunyai 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk lima bekas ADUN UMNO dan empat bekas Adun Warisan yang mengumumkan keluar parti.

Ini menjadikan Gagasan Rakyat sebagai parti yang memiliki paling ramai ADUN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada masa ini selain parti terbesar dalam kerjasama GRS.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top