Lebih 500 Penduduk Meriahkan Program Semarak ESSCOM

semarak-esscom.jpg

Abdul Hakim (dua dari kanan) dan Hamzah (dua dari kiri) pada program Semarak ESSCOM yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Silam Lahad Datu.

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Lebih 500 penduduk di daerah ini meriahkan Program Semarak ESSCOM yang turut dihadiri Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Lahad Datu Abdul Hakim Gulam Hassan.

Program itu membabitkan mukim Silam terdiri Kampung Silam Lamak, Babur Rahmah, Bumiputera, Silam, Tempinau, Sri Aman dan Teluk Soaiun.

Abdul Hakim berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada pemenang gerai paling ceria sempena program itu berlangsung.

Program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Silam Lahad Datu itu juga turut diisi dengan majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan taklimat keselamatan kepada penduduk yang hadir.

Komander ESSCOM, Hamzah Ahmad berkata pemilihan mukim Silam sebagai lokasi program kerana kawasan berkenaan agak signifiikan dengan isu-isu keselamatan.

“Dengan adanya kerjasama masyarakat mukim Silam, sudah tentu memudahkan maklumat berkaitan isu keselamatan disalurkan kepada ESSCOM.

“Saya berharap, ESSCOM dan penduduk dapat bersama-sama menjaga keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya ketika merasmikan program itu yang turut dihadiri Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr Jamaludin Mohd Ali.

Program Semarak ESSCOM juga dimeriahkan dengan pertandingan gerai ceria dan pertandingan nyanyian lagu hari raya.

Kampung Silam diumumkan sebagai johan dalam pertandingan Gerai Ceria, Kampung Silam Lamak tempat kedua dan Kampung Sri Aman tempat ketiga.

Pertandingan lagu Hari Raya pula, johan disandang oleh Kampung Silam, Kampung Babur Rahmah tempat kedua dan tempat ketiga Kampung Sri Aman. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top