Lebih 50 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Kudat

kebakaran-kudat.jpg
Kongsi Bersama

KUDAT: Lebih 50 buah rumah di perkampungan atas air musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Landung Ayang, di sini, petang semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian yang bermula kira-kira jam 4 petang itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 petang.

Katanya, seramai 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dan Kota Marudu dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS). Turut membantu adalah pasukan bomba sukarela.

“Kebakaran melibatkan 179 buah rumah atas air. Operasi dan operasi ditamatkan pada jam 8.17 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, operasi pemadaman itu juga turut dilakukan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top