Lebih 400 ahli PAS sertai Konvensyen PAS Sabah

konvensyen-pas-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: PAS Negeri Sabah telah mengadakan Konvensyen PAS peringkat negeri pada 30 dan 31 Disember bertempat di Dewan Utama USIA, 1 Borneo, Kota Kinabalu.

Lebih 400 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PAS dari seluruh Sabah menghadiri konvensyen itu.

Turut hadir, ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khiruddin, Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan, Ketua Penerangan Negeri, Mustaman Mustain, pimpinan negeri serta pimpinan peringkat kawasan.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan, konvensyen itu adalah agenda tahunan yang bukan hanya mengumpulkan ahli di semua peringkat tetapi juga untuk menyampaikan isi kandungan, misi, objektif dan falsafah ucapan dasar Presiden PAS.

Turut diadakan pada konvensyen tersebut, pelancaran Tiktok PAS Sabah bagi kempen 10K pengikut Harakahdaily Premium yang menawarkan pakej serendah RM10 sebulan.

Anugerah PAS Sabah juga diberikan pada program tersebut, antaranya anugerah keahlian paling ramai tahun 2023 seramai 766 orang dianugerahkan kepada PAS Kawasan Sandakan dan Biro paling aktif sesi 2021-2023 dianugerahkan kepada Biro Kebajikan & Keprihatinan Sosial.

Anugerah Jasamu Dikenang dianugerahkan kepada Mantan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Mohd Aminuddin Aling, mantan Penolong Setiausaha 2 dan 3 Badan Perhubungan PAS Sabah, Mohd. Nasir Morni dan Amiruddin Mohd Rosdi, mantan AJK PAS Sabah, Amboase Ramano dan mantan Calon PRU, Usman Madeaming.

Sumber dan kredit: Berita Pas/Aisyah Ramadha Ismail

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top