Lebih 30% Telah Peroleh Dos Lengkap di Sabah

vaksinasi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah telah melepasi angka 30% daripada jumlah penduduk dewasa yang telah memperolehi dos lengkap.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sehingga semalam, 30.1% penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin dan 52.4% telah memperolehi satu dos.

Negeri ini juga mencatatkan penurunan dari segi jumlah kes harian dengan 2,474 kes dicatatkan semalam, berbanding dengan 2,638 kes pada hari sebelumnya.

Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah berkata, kes di daerah Kota Kinabalu turun 212 kes ke 671 semalam tetapi Papar naik 132 ke 181 kes.

Katanya, kes di Kinabatangan juga turun sebanyak 96 kes ke 15 (daripada 111 kes) tetapi Lahad Datu menambah 59 kes, Beluran naik 49 dan Tawau turun 63.

“1,609 kes (65%) kes (semalam) adalah melalui saringan kontak rapat, 557 kes (22.5%) melalui saringan bergejala dan 140 kes (5.7%) daripada kluster-kluster.

“1,587 orang pesakit adalah kategori dua, 823 dalam kategori satu, 10 orang dalam kategori tiga, dan lapan orang dalam kategori lima,” katanya. Tiada pesakit dalam kategori empat.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top