Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti

shamsul-nasarah.jpg

Shamsul Anuar (Gambar fail)

Kongsi Bersama

TUARAN: Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara bagi memastikan pelaksanaannya lancar dan teratur.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pelaksanaan program pemulihan itu amat berkesan kerana dapat mengurangkan kos pengurusan dan mempunyai kadar residivis (jenayah berulang) yang rendah iaitu kurang 0.5 peratus.

Shamsul Anuar berkata, ia dijalankan menerusi program luar penjara iaitu Sistem Parol, Pembebasan Banduan Secara Berlesen, Program Reintegrasi Penghuni, Program Reintegrasi Penghuni Industri dan Perintah Kehadiran Wajib.

“Jabatan Penjara berperanan penting dalam usaha membina kembali potensi insan melalui program pemulihan dan pembentukan semula insan.

“Saya percaya program-program ini ia akan meningkatkan kualiti perkhidmatan penjara di negara ini,” katanya berucap menutup Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2023 di Pusat Latihan RELA, di sini semalam.

Seramai 262 peserta terdiri daripada pegawai penjara lantikan baharu dari Sabah dan Sarawak menamatkan kursus selama 23 minggu bermula Ogos tahun lalu, iaitu antara syarat wajib bagi pengesahan dalam perkhidmatan.

Shamsul Anuar berkata, pegawai penjara baharu perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran termasuk menimba pengalaman daripada pegawai yang berkhidmat dalam jabatan, dalam masa sama, menjalankan tugas secara komited, disiplin, berintegriti serta mematuhi undang-undang.

“Melalui latihan ini, kita harap ia akan meningkatkan lagi produktiviti serta kualiti perkhidmatan agar lebih baik dan cemerlang,” katanya. – BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top