KOTA KINABALU: Setakat pagi semalam lebih daripada 2,000 borang pencalonan untuk pilihan raya negeri (PRN) Sabah telah dijual.
Borneo Post melaporkan jabatan kewangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dihubungi pihaknya tidak memberikan angka sebenar, tetapi pegawai berkenaan mengatakan bahawa mereka mula menerima permintaan untuk mendapatkan borang tersebut sejak awal Ogos setelah DUN Sabah ke-15 dibubarkan pada 30 Julai.
“Borang masih boleh dibeli sehingga pukul 10 pagi pada hari penamaan calon Sabtu ini, dengan harga RM20 setiap satu,” kata pegawai itu.
Sebanyak 1,124,598 pemilih berdaftar di Sabah telah diwartakan oleh SPR, meningkat 120,165 sejak Pilihan Raya Umum ke-13.
Komen