Lebih 1,400 orang sertai parti KDM di Tenom

Peter-Anthony.jpg

Datuk Peter Anthony sedang berucap pada Majlis Bersama Masyarakat PDM Mandalom dan PDM Pogoukon. (Kredit foto: FB Datuk Peter Anthony)

Kongsi Bersama

TENOM: Lebih 1,400 orang menyertai menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di PDM Mandalom dan PDM Pogoukon, dekat sini Sabtu lepas.

Presiden parti itu, Datuk Peter Anthony berkata kemasukan mereka diyakini mampu memperkuatkan KDM, terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

“Sambutan masyarakat di dua PDM diluar jangkaan kita di mana kita menerima kemasukan ahli baharu seramai 1,400 orang,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Majlis penyerahan borang keahlian itu diadakan sempena program bersama kepimpinan tertinggi KDM di perkarangan rumah Encik Nasip Lajim di Kampung Bulun Mandalom.

Sebelum itu, Peter menyempurnakan Majlis Pelancaran Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Presiden SAFA Tenom 2024, sekaligus menyaksikan Perlawanan Sumbangsih yang berlangsung di Padang Pekan Tenom. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top