Lebih 10,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri KM

open-house-CM.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Lebih 10,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag at di Dewan Seri Sulaman, di sini, hari ini.

Antara yang turut hadir ialah Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim Yahya, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Pengunjung yang hadir seawal jam 10 pagi itu turut dihidangkan dengan makanan dan minuman tradisi selain persembahan artis tempatan termasuk jemputan Datuk Jamal Abdillah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top