Lebih 1,000 Penduduk Tempasuk Sertai Program Vaksinasi

arshad-Vaksinasi-DUN-Tempasuk.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Lebih 1,000 penduduk dari beberapa kampung di kawasan DUN Tempasuk menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Dewan Terbuka YB Arsad Bistari, dekat sini pada Sabtu.

Program pemberian vaksin itu dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Belud.

Program itu, antara lain, bertujuan mempercepatkan pemberian vaksin terutamanya di kawasan luar bandar.

Adun Tempasuk Tuan Arsad Bistari turut hadir bagi meninjau dan memantau perjalanan program pemberian vaksin tersebut.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Arsad berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan program vaksinasi bagi DUN Tempasuk.

Beliau menyeru penduduk kampung khususnya di Dun Tempasuk yang belum menerima vaksin supaya segera mendaftar bagi membantu merealisasikan misi kerajaan negeri untuk mencapai imuniti kelompok menjelang penghujung tahun ini. –Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top