LDP Sertai PRN Hanya Untuk Pecah Undi – Dapsy

DAPSY.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (Dapsy) Sabah semalam mempersoalkan sama ada Parti Liberal Demokratik (LDP) menyertai pilihan raya negeri (PRN) akan datang adalah semata-mata untuk memecah undi.

Sambil menghormati hak LDP untuk bertanding, penolong setiausaha Dapsy Sabah , Chin Yee Kent berpendapat bahawa LDP sepautnya tidak mengambil bahagian dalam PRN ini jika masih mempunyai harga diri.

Beliau mengimbas kembali bagaimana LDP bertindak keluar dari Barisan Nasional (BN) setelah kekalahan dalam pilihan raya 2018, satu tindakan yang tidak mematuhi semangat “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

“LDP mengkhianati BN walaupun pernah diberi jawatan sebagai senator, bahkan jawatan ketua menteri,” katanya.

“Walaupun begitu, Joseph Kong Yin Jee dari sayap Pemuda LDP memiliki keberanian untuk menyoal George Wong (setiausaha penganjur Dapsy Sabah) bagaimana DAP dapat berjanji untuk tidak mengkhianati Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dan Pakatan Harapan,” katanya.

Menurut beliau, pertanyaan seperti itu sepatutnya ditanya oleh Joseph Kong kepada para pemimpin LDP sendiri, tentang apa yang mereka fikirkan ketika keluar dari BN.

Katanya lagi, disebabkan Warisan dan DAP berkongsi agenda pembaharuan dan menggerakkan pembangunan untuk kepentingan Sabah, maka kedua-dua parti itu bekerja sama erat.

“Pertanyaan Joseph Kong tidak relevan kerana DAP telah menunjukkan bahawa ia secara konsisten dalam perjuangannya.”

Tambah beliau, ini terbukti apabila wakil DAP, Jimmy Wong, kekal sebagai anggota pembangkang tunggal di DUN Sabah pada tahun 2008 hingga 2013 walaupun dengan kedudukan 1-59.

Chin kemudian meminta pengundi memilih Warisan Plus bagi membolehkan ia meneruskan agenda pembangunan Sabah.

“Suatu undi untuk LDP, selaku kuasa ketiga, kemungkinan besar akan berakhir sebagai undi yang sia-sia kerana suara itu tidak akan membantu memilih calon LDP. Sebenarnya, kemungkinan besar akan memecah undi, ”katanya.

“Kerajaan Warisan Plus yang lebih kuat akan membantu mewujudkan Sabah yang lebih kuat dan seterusnya, meneruskan politik baharu,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top