LDP mahu DBKK rapatkan kerjasama dengan semua pihak

LDP-mayor-DBKK.jpg

Yong (enam kiri), Chin (tujuh kanan) dan Sabin (tujuh kiri) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan LDP serta kakitangan DBKK.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokrasi (LDP) mahu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk merapatkan kerjasama dengan semua pihak bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan sara hidup masyarakat.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden LDP Datuk Wong Wui Chung bersama-sama Setiausaha Agung LDP Datuk Chin Su Ying telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Hadir sama ialah Naib Presiden David Ong, Sim Fui, Ketua Penerangan Simon Chin, Ketua Pergerakan Wanita Pusat Glenna Wong, Ketua Pergerakan Genarasi Baharu Nicholas Ban, Ketua Biro Aduan Pusat merangkap Ahli Majlis Tertinggi Chin Vun Pheaw.

LDP turut mengucapkan tahiah kepada Sabin yang dilantik sebagai Mayor ke-7 DBKK pada 2 Januari lalu.

Dalam pada itu, Sabin memberikan jaminan akan mengarahkan pegawainya untuk mengkaji cadangan-cadangan yang dikemukakan LDP khususnya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lintas Plaza.

LDP juga mencadangkan terdapat keperluan untuk mengindahkan Bandaraya sebagai daya tarikan kepada pelancong yang datang ke sini.

Perkara lain yang dibincangkan adalah penggunaan sistem parkir digital, pengutipan sampah, kesesakan lalu lintas di Inanam dan cukai yang dikenakan kepada setiap kerusi dalam salon rambut.

Sabin juga memberikan jaminan akan mempertimbangkan semua cadangan yang dikemukakan LDP.

Katanya, DBKK juga akan memperkasakan perkhidmatannya dalam usaha menyelesaikan masalah sara hidup masyarakat demi kebajikan seterusnya menjadikan Kota Kinabalu bandaraya yang lebih baik. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top