LDP Jalan Aktiviti Nyah Kuman Di Bornion Dan Foh Sang

LDP.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasukan Khidmat Komuniti Parti Liberal Demokratik (LDP) Kota Kinabalu telah melaksanakan kerja-kerja nyah kuman secara percuma kali ketiga berturut-turut.

Ketua Pemuda Pergerakan LDP Pusat Sim Fui berkata, kali ini kerja-kerja nyah kuman berkenaan dilaksanakan di kawasan premis perniagaan Bornion dan Foh Sang.

“Sebelum ini kerja-kerja nyah kuman telah dilaksanakan di Taipan Inanam serta Damai. Ini adalah kali ketiga kami melaksanakan perkhidmatan ini kepada rakyat.

“Usaha berkenaan dilaksanakan bagi memastikan orang awam sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika berada di luar rumah, selain menjadi tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada rakya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha lebih gigih untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memberikan beberapa sumbangan seumpamanya bagi memastikan Keselamatan orang awam.

“Saya juga hendak berterima kasih kepada anggota Pasukan Khidmat Komuniti LDP Kota Kinabalu kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab berkenaan demi kepentingan kesihatan rakyat.

“Aktiviti nyah kuman secara percuma ini akan diteruskan ke lokasi-lokasi yang dikenal pasti,” katanya. –Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top