Laungan ‘Lumadan Sejahtera’ Terus Bergema

Hj-Ruslan-Lumadan.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Laungan “Lumadan Sejahtera” terus bergema dalam misi memberikan bantuan kepada penduduk kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam terus giat memberikan bantuan bakul makanan dan menyantuni penduduk kampung, kali ini di Kg. Tinomongon, Kg. Rompong dan Kg. Sungkadan.

Beliau berkata, meskipun negeri Sabah kini berada di Fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) namun, masih ramai lagi penduduk kampung yang memerlukan bantuan bakul makanan.

“Golongan yang menerima bakul makanan ini ialah B40 dan warga emas,” kata Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd, dalam kenyataan media hari ini.

Beliau dan para petugas khas menaiki perahu menyeberangi Sungai Padas, terutamanya ke kampung yang hanya boleh dihubungi menggunakan perahu atau bot, seperti Kg. Sungkadan.

Katanya, secara keseluruhannya seramai 45 penduduk kampung menerima bantuan bakul makanan pada kali ini.

Ruslan berharap penduduk Lumadan bersabar dan dapat meneruskan kehidupan seharian dalam fasa 4 PPN ini. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top