Larangan Rentas Daerah 10 Mei – 16 Jun: Sabah Akan Putus Kemudian

PKPD.jpg

PAPAR 09 OKTOBER 2020. Anggota polis menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Papar - Penampang bagi membendung penularan Covid-19 pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). KHIS/MOHD ADAM ARININ

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri hanya akan memutuskan sama ada larangan rentas daerah seperti yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga 6 Jun akan turut dilaksanakan di Sabah atau tidak.

Katanya, perkara itu akan diumumkan sebelum atau pada 16 Mei, iaitu tarikh tamat perintah larangan rentas daerah yang diumumkan kerajaan negeri, baru-baru ini.

“Sabah akan menentukan sebelum atau pada 16 Mei sama ada kita kembali kepada sistem zon atau kekal dengan sistem daerah dan ia juga tertakluk kepada keadaan semasa Covid-19 serta persetujuan MKN,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Sabah membenarkan rentas daerah, namun hanya mengikut enam zon yang ditetapkan, iaitu Zon 1 ialah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar, manakala Zon 2 ialah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.

Zon 3 membabitkan Kudat, Kota Marudu dan Pitas; Zon 4 ialah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod; Zon 5 ialah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan serta Zon 6 ialah Keningau, Tambunan dan Tenom.

Bagaimanapun baru-baru ini, Masidi mengumumkan larangan merentas kembali kepada sistem daerah, iaitu bermula hari ini sehingga 16 Mei dan ia dilaksanakan bagi mengelak penularan wabak sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun dua hari lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran polis di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun ini.- FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top