Lapan PPR Di Sandakan Tidak Perlu Bayar Sewa Sehingga Mac

PPR-murni.jpg
Kongsi Bersama

Penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan tidak perlu membayar sewa selama tiga bulan bermula Januari ini.

Menurut Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wong Foo Tin, ia ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seiring dengan arahan yang dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

“Pengecualian pembayaran  bermula dari bulan Januari 2021 hingga Mac 2021 melibatkan PPR Mesra, Murni, Batu Sapi, Muhibbah, Sungai Manila, Gum-Gum, Harmoni dan Lintas Sibuga,” katanya.

Untuk rekod, sebuah PPR di Sandakan yang baharu siap iaitu PPR Batu Putih kini dijadikan sebagai Pusat Kuarantin COVID-19.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top