Lapan pemancing dikhuatiri hilang

nelayan-hilang.jpg

Pemancing dikhuatiri hilang apabila tidak pulang selepas keluar memancing dekat Tawau. - Foto BERNAMA

Kongsi Bersama

TAWAU: Lapan pemancing dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah masing-masing selepas keluar memancing dekat Inderasabah, di sini sejak awal pagi kelmarin.

Menurut BHarian, laporan kehilangan mereka dibuat anak kepada seorang daripada kumpulan pemancing berkenaan, Musfirah Afiqah Mappiasse, 21, di Balai Polis Sri Indah, di sini, 9.30 pagi semalam.

Menurut Musfirah, bapanya Mappiasse Palilu, 53, bersama enam rakan yang dikatakan pergi memancing kira-kira jam 7 pagi semalam, namun tidak pulang ke rumah selepas itu.

“Ini bukan kali pertama bapa dan rakan-rakannya keluar memancing. Kebiasaannya dia akan pulang ke rumah sebelum waktu maghrib.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini beliau masih tidak pulang ke rumah selain telefon bimbitnya juga gagal dihubungi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Laporan BHarian itu memetik Musfirah sebagai berkata, beliau bimbang akan keselamatan bapa bersama rakan-rakannya tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintenden Champin Piuh, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya mendapatkan bantuan daripada agensi lain bagi menjalankan operasi pencarian di laut.

“Pusat Kawalan Tempat Kejadian dibuka di Pos Inderasabah dan usaha mengesan semua mangsa sedang giat dijalan bersama agensi lain,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top