Lapan Barangan Di Bawah Skim Harga Maksimum Sempena Kaamatan

daging.jpg

Daging kerbau import (India) antara lapan barangan di bawah SHMMP.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lapan barangan disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan berkuat kuasa hari ini hingga 2 Jun depan.

Selain itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus mengawal enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pelaksanaan skim itu bertujuan menstabilkan harga semasa berikutan permintaan terhadap barangan yang dijangka meningkat menjelang perayaan, ketika perayaan dan beberapa hari selepas perayaan.

Lapan jenis barangan yang dikawal itu adalah kepak ayam, cili kering leper, daging kerbau import (India), bawang kecil merah (India), bawang putih (China), babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

” katanya pada pelancaran SHMMP Pesta Kaamatan di pasar raya Bataras, Kolombong, di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, berdasarkan pemerhatiannya, beberapa barangan yang dijual dalam skim itu lebih rendah berbanding harga siling ditetapkan KPDN dan ia menggambarkan kerjasama peniaga bagi menjayakan skim berkenaan.

Katanya, pegawai penguat kuasa KPDN turut ditugaskan di lokasi strategik seperti pusat beli-belah barangan keperluan perayaan bagi memastikan peniaga mematuhi harga yang ditetapkan.

“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan yang mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga yang ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya,” katanya pada pelancaran SHMMP Pesta Kaamatan di pasar raya Bataras, Kolombong, di sini, semalam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top