KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 55 tahun parah dihempap runtuhan lantai tingkat satu sebuah bangunan kedai di Kompleks Segama di sini malam tadi.
Kejadian secara tiba-tiba pada sekitar jam 8 malam itu melibatkan sebuah rumah penginapan dan sebuah restoran.
Mangsa yang dikatakan berada di restoran itu kejadian tersebut berlaku dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) sebaik berjaya dikeluarkan dari runtuhan konkrit tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ordine Gilu berkata, seramai 13 anggotanya dikejar ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya lagi, pasukan bomba yang tiba di lokasi segera melakukan pemeriksaan dan mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan tersebut.
“Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut, operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.38 malam,” katanya.