Langkah Pinda Perlembagaan Rakyat Lahir Di Luar Negara Disifatkan Kejayaan Hak Sama Rata

christina.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Langkah meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia boleh mendapat kerakyatan secara automatik adalah kejayaan hak sama rata.

Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew berkata langkah itu dialu-alukan dan harus dipuji, memandangkan ibu rakyat Malaysia dengan pasangan asing telah menuntut keadilan negara memberikan kewarganegaraan automatik.

“Kami memuji penyelesaian ini terhadap isu kewarganegaraan yang telah lama berlarutan selain menimbulkan keresahan dan tekanan kepada para ibu yang terlibat.

“Kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mencapai keputusan penting ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, langkah ini merupakan satu kemajuan kepada prinsip kesaksama jantina yang menetapkan semua orang adalah sama di hadapan undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia mendapat kerakyatan, mampu memberi impak besar kepada pihaknya dalam menguruskan hal-hal berkaitan.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana banyak permohonan diterima pihaknya berkaitan isu kerakyatan.-AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top