Langgar syarat lesen, bot tunda ditahan Maritim Malaysia

bot-pukat-tunda.jpg

ot pukat tunda ditahan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Sebuah bot pukat tunda bersama lapan ditahan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen apabila didapati menunda bawah tiga batu nautika di sini kelmarin.

Pengarah Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot dikendalikan seorang juragan dan tujuh kru itu ditahan pada jam 3.30 petang di lokasi 0.7 nautika Barat Pulau Sapi.

Katanya, bot peronda Maritim didapati sedang melakukan rutin operasi rondaan menahan bot pukat tunda tersebut hasil daripada pemantauan dilakukan secara berterusan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot dinaiki juragan dan tujuh kru melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen kerana menunda bawah tiga batu nautika.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati, dua daripada kru bot melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Che Engku Suhaimi berkata, kesalahan itu mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 turut dikesan selepas gagal melaporkan pertukaran nakhoda.

“Bot dan kru ditahan bersama ikan campur anggaran 30 kilogram diring ke Jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM120,000. Maritim Malaysia akan memantau kawasan tumpuan aktiviti ini sering dilakukan bot nelayan didapati ingkar terhadap peraturan ditetapkan,” jelas Che Engku Suhaimi. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top