Langgar lari: Polis buru lelaki Pakistan

IMG_20240904_143030.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Polis memburu lelaki Pakistan yang melarikan diri selepas terbabit kemalangan berhampiran stesen minyak di Jalan Berungis-Tenghilan di sini, awal pagi semalam, sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, suspek dikenali sebagai Ameer Islam.
Beliau berkata, identiti suspek yang beralamat di Penempatan Telipok itu diperolehi selepas rakannya yang menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Queen Elizabeth 1 ditahan kira-kira jam 11 pagi semalam.
“Pada jam 1.10 pagi semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan jalan raya.
“Kemalangan membabitkan Proton Wira dan motosikal jenis Modenas Kriss menyebabkan penunggang meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang menaiki Proton Wira melarikan sebelum salah seorangnya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menyalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran di talian 011-61600964.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top