Hari ini tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang muncul dengan cadangan menarik. Ia boleh dibaca di sini.
Kata Lim, jika hanya dua orang sahaja calon untuk kerusi perdana menteri, maka elokah dibentuk sebuah ‘kabinet perang’.
Seorang daripada calon menjadi perdana menteri, yang seorang lagi menjadi timbalan.
Dengan cara itu katanya semua gerakan politik boleh disepadukan dalam sebuah ‘Parlimen perang’ bagi menangani pandemik Covid-19 dan membuka jalan kepada PRU 15 dalam masa 18 bulan lagi.
Dalam kenyataannya hari ini, Ahli Parlimen Iskandar Putera itu berkata kabinet Perang haruslah mencerminkan perpaduan dan tampil dengan polisi dan strategi baharu untuk memulihkan harapan, kepercayaan dan keyakinan rakyat.
Lambat la tauke. Sepatutnya bagi idea ni semalam atau sebelum semalam. Nampak ler ada kelas sikit. Bila bagi selepas dah terhidu bau kekalahan calon PM dari Pakatan Harapan, idea itu dengan sendiri hilang nilainya. Orang juga akan bertanya, jika terhidu calon PH nak menang, agak-agak tauke nak lontarkan idea ni juga ke?
Dipendekkan cerita, idea tauke tu sekarang ni dah jadi macam gadis bunting yang post iklan cari pak sanggup di FB..
.
–TAMAR JELES