Lambang PN Beri Kelebihan Pada SAPP – Yong

yong-1.jpg
Kongsi Bersama

Lambang PN beri kelebihan kepada calon SAPP, kata presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee.

“Ini satu gabungan baharu yang diterajui perdana menteri baharu…rakan-rakan parti dalam PN turut membantu kami,” katanya.

Yong berkata, parti itu menghadapi laluan sukar di kawasan yang ditandingi khususnya di Luyang namun mereka akan bekerja lebih keras untuk mendapat kepercayaan pengundi.

“SAPP hanya bertanding di 2 kawasan iaitu Tanjung Papat di Sandakan dan Luyang di Kota Kinabalu. Di Tanjung Papat daripada kategori kawasan hitam kini sudah menjadi kelabu manakala di Luyang kita semua tahu DAP menang dengan majoriti besar di situ dulu, tapi kita sedang berusaha untuk meyakinkan pengundi di situ,” katanya.

Dua calon parti itu yang bertanding atas tiket PN ialah Yong Chie Man di Tanjung Papat dan Gee Yien Siong di Luyang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top