Laluan Di Hospital Queen Elizabeth Jadi Wad Rawat Pesakit Covid-19

Hospital-QE1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebuah laluan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah kini ditempatkan dengan katil dan peralatan perubatan untuk merawat pesakit Covid-19, dalam langkah sementara terbaharu bagi berdepan peningkatan jangkitan di sana

Malaysiakini melaporkan bahwa video yang disebarkan di WhatsApp menunjukkan laluan itu, yang menghubungkan Jabatan Kecemasan dengan klinik-klinik pakar, dipenuhi dengan tangki oksigen dan katil yang sudah pun digunakan pesakit.

Laporan itu juga menyebut bahawa Malaysiakini difahamkan yang hospital itu juga telah merujuk pesakit bukan Covid-19 ke hospital lain dan klinik pakarnya juga digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

Ini bermakna Hospital Queen Elizabeth telah dijadikan hospital Covid-19 sepenuhnya – peranan yang dimainkan ketika peningkatan kes di Sabah selepas PRN tahun lalu.

Menurut pekeliling bertarikh 26 Julai yang dilihat portal itu, pengarah hospital itu Dr William Gotulis mengumumkan semua klinik pakar ditutup sementara bagi menghalang wabak itu terus menular.

“Seperti yang diketahui, ekoran peningkatan kes Covid-19, pihak pengurusan hospital telah mengambil pendekatan menutup sementara perkhidmatan klinik pakar untuk menghalang penularan Covid-19 di kalangan kakitangan dan pengunjung Hospital Queen Elizabeth,” katanya.

Seorang sumber dalam Kementerian Kesihatan juga berkata dewan bedah umum juga telah dijadikan wad Unit Rawatan Rapo (ICU), meningkatkan katil ICU daripada 14 kepada 50 buah.

 

Baca seterusnya di Malaysiakini


Kongsi Bersama

1 Reply to “Laluan Di Hospital Queen Elizabeth Jadi Wad Rawat Pesakit Covid-19”

  1. Ahmad haikal says:

    Vaksin ini sangak berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top